TuneList - Make your site Live

Feb 1, 2010

Sahabat & cinta!!!!

Ni artikel yang ak tulis untuk suci nye risalah...Xtaw la ok ke x!! Hee... segan2.. :P


DIA SAHABAT?! Bolehkah??

Sahabat satu istilah yang amat bermakna bagi sesiapa sahaja yang pandai menghargainya. Allah SWT telah mengurniakan kita dengan fitrah perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Persahabatan yang bermakna perlulah dibina atas syariat Islami. Semoga persahabatan tersebut dapat sama-sama membantu kedua belah pihak mencapai tahap taqwa yang tinggi. Ia perlu disulami dengan perasaan ikhlas,jujur dan sayang-menyayangi samaada bagi lelaki mahupun perempuan.

                Tapi bolehkah persahabatan lawan jenis terjalin dalam Islam? Hubungan ini amat berbeza daripada persahabatan sejenis kerana persahabatan lawan jenis boleh dikahwini tapi tidak sahabat sejenis. Allah SWT telah meletakkan pelbagai batasan terhadap hubungan antara lelaki dan perempuan. Ini kerana manusia adalah lemah dengan nafsu. Allah SWT maha Pemurah lagi Maha Mengasihi kerana Dia telah menyediakan ‘guideline’ dalam Al-Quran supaya kita mampu hidup di atas muka bumi ini dengan baik dan suci tanpa melupakanNya.
                Surah At Taubah 9:71.                                                
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. 


                Dari ayat ini, dapat ditafsirkan bahawa tidak salah bahawa membina ukhwah antara lelaki dan perempuan, perempuan antara perempuan dan sebaliknya. Ukhwah atau sahabat boleh ditafsirkan sebagai hubungan yang membantu antara kedua belah pihak. Namun ukhwah lebih dari sahabat. Ukhwah itu persaudaraan. Ada sesetengah pihak yang mengandaikan bahawa tidak ada hubungan ukhwah antara lelaki dan perempuan. Tapi bukankah setiap seorang Islam itu adalah saudara kepada seorang Islam yang lain? Bayangkan betapa ruginya jika tiada hubungan ini terjalin? Pelbagai ilmu dapat dikongsi antara keduanya. Ikhwah boleh melindungi akhawat dalam keadaan yang memerlukan. Gabungan kerjasama keduanya mampu melahirkan kebaikan kepada masyarakat.

                Allah SWT berfirman, Surah An-nisa ( 34 ), “ Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan…”

                Dari ayat ini, terang Allah menerangkan tanggungjawab ikhwah terhadap akhawat. Bagaimana pertolongan ini dapat dilakukan tanpa ukhwah antara keduanya?  Walaupun bukan atas sebab hubungan keluarga tetapi sekecil-kecil tanggungjawab yang patut dipikul oleh seorang lelaki terhadap perempuan ajnabi ialah menundukkan pandangannya. Namun perempuan juga mempunyai tanggungjawab terhadap lelaki ajnabi dengan membantu mereka menjaga pandangan.

                Islam itu indah, Islam itu mudah. Allah SWT menyediakan kita perjalanan hidup yang suci dan indah supaya kita dapat nikmati syurga dunia dan akhirat. Tapi semuanya di tangan kita untuk memilih. Islam tidak melarang perempuan dan lelaki berinteraksi. Lebih-lebih lagi bagi pelajar seperti kita dalam urusan pelajaran dan sebagainya. Tapi ada batasannya sebab manusia ini lemah dengan nafsu. Hubungan persahabatan lelaki dan perempuan adalah hubungan yang sangat lemah. Selemah belon buih. Sekali sahaja kita sentuh dengan tangan niat kejahatan, persahabatan itu akan pecah. Mampukah kita menjamin perasaaan yang pada mulanya terjalin atas dasar tolong-menolong itu takkan mengbuahkan perasaan lain? Kita mungkin boleh menjamin hati kita tapi mampukah kita menjamin hatinya? Jika perasaan rindu itu sudah bercambah, cepat-cepatlah menghalangnya. Jadi jika benar ingin membina persahabatan itu, binalah dengan niat ikhlas dan hormat menghormati dari segi maruah dan perasaan masing-masing. Pelbagai cara dan peraturan yang Allah SWT sediakan dalam Surah An-Nur mengenai perhubungan lelaki dan perempuan. Jika didalami, kita mampu gunakannya supaya dapat menjalani cara hidup yang diredhainya.

Surah Al Israa 17: 32. 
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. 

                Perhubungan itu perlulah dijaga. Berhubung bila perlu, bila keadaan sudah sangat mendesak. Bila sudah tiada siapa yang perlu diminta pertolongan, bila tiada siapa yang dapat memberikan jawapan kimia yang sangat susah jadi dibolehkan untuk berinteraksi. Selagi boleh usaha untuk mendapat pertolongan dari kaum sendiri, carilah. Sesungguhnya itu lagi menenangkan hati. Mengelak fitnah, implikasi perasaan dan sebagainya. Dan jika terpaksa, jagalah perhubungan itu supaya sama-sama terjaga kesucian diri dan maruah diri serta Islam.

                Ukhwah itu satu yang suci. Janganlah kita gunakan atas dasar nama ukhwah untuk melakukan perkara yang dilarang Allah SWT. Lakukan sesuatu kerana Allah SWT. Sebab itu nama ukhwah disertai dengan fillah iaitu bermaksud kerana Allah. Dan ukhwah itu indah apabila dibina atas nama Islam yang indah. Menjalani kehidupan sebagai seorang Islam tidak mudah pada akhir zaman ini tapi tidak bermakna tidak boleh bagi orang yang berfikir dan bertaqwa. Moga kita sama-sama dapat berkongsi ilmu dan berukhwah fillah!!



Di sini ingin menyampaikan ucapan trima kaseh yang tidak terhingga kepada... Aih?! Asl skema lak?? haha... K2...

N ckp mekacih myk kt Wani sbb bg pluang. X taw la elok ke x?! Pastu kt ustaz pnye link kt atas, Kak Ros n Allah SWT!!!!

Moga ak leh amik pengajaran dr sume nih... :D

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...